Dengan Sibulus pasti rasa dimanja

Kucing yang manja menghilangkan rasa penat selepas bekerja. Nikmat ini hanya pencita sicomel saja yang tahu. Di Sibulus kami cuba memanjakan kemahuan kucing-kucing anda agar kebahagian dapat dirasai bersama.

Berita baik kepada semua Ahli Sibulus!

Sibulus sudah 2 tahun pada 25hb November 2021. Bagi meraikan kegembiraan dan setelah mengharungi tahun-tahun yang mencabar, kami ingin mencurahkan kembali rasa terima kasih diatas sokongan pelanggan-pelanggan tegar kami dengan mengadakan jualan khas untuk Ahli-ahli Sibulus yang menyokong kami selama ini.


Temasya ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 25 hingga 28hb November 2021 (Khamis - Ahad). Jualan ini terbuka kepada AHLI sahaja. Pintu premis akan ditutup kepada umum.


Potongan akan diberi sehingga 70% kepada produk-produk yang terpilih. Jangan lepaskan peluang ini, datang beramai-ramai dan nikmati potongan harga yang luar jangkaan semua.

Kekalkan penjarakan dan patuhi SOP. jumpa anda nanti.


Hello Logo Baru!


Hari ini kami umumkan pengunaan logo baru baru syarikat kami.

Kami bermula dari awal 2 tahun yang lalu dengan penampilan yang raw dan simple. Kami juga masih sayangkan logo yang lama, cuma berusaha untuk menceriakan kembali peradaban yang kita semua lalui dalam episod pendemik yang sangat menekan.


Logo baru ini ingin menyuntik sedikit elemen keceriaan dengan menambah warna Crimson pada logo kucing dan tag line. Mari kita tinggalkan kesedihan lalu dengan norma kehidupan baru yang membahagiakan.


Font Sibulus kami tebalkan sedikit dan menggunakkan huruf kecil sebagai lambang kekuatan dalam kesederhanaan.


Kami juga mencipta tag line "Pasti rasa dimanja" bagi mencerminkan keperihatinan dan memberi layanan yang paling mesra kepada semua pelanggan kami, terutama kepada sicomel anda.


Moga evolusi logo ini dapat memberi kekuatan kepada kami untuk menempuh halangan dalam proses memberi yang terbaik kepada anda semua.